Sunday, 15 October 2017

EPPD 1063 APLIKASI KOMPUTER

Sedikit penerangan Aplikasi Komputer 

Maksud Aplikasi komputer adalah perisian komputer yang mempunyai fungsi tertentu sesuai dengan tujuan yang dikehendaki oleh pencipta aplikasi. Aplikasi komputer biasanya dibuat untuk memudahkan manusia dalam menjalankan tugas dalam komputer, seperti memproses data dan untuk tujuan penyuntingan.

Peranti elektronik yang boleh digunakan untuk memproses data dengan pengantaraan satu set program dan dapat memberikan maklumat dari hasil dari pemprosesan ini. Hasil kemajuan teknologi elektronik dan informatika berfungsi sebagai alat untuk menulis, melukis, menyunting gambar atau gambar, menghidupkan, mengendalikan program analisis saintifik, simulasi dan untuk mengawal peralatan.


Oleh yang demikian, pelajar Semester 1 Luar Kampus (Eksekutif) UKM, program Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan wajib mengambil kursus Aplikasi Komputer dibawah Kod Kursus EPPD 1063. Sepanjang tempoh pengajian semester 1 ini, akan mempelajari tajuk-tajuk seperti berikut:-
                          a) Microsoft Word
                          b) Microsoft Excel
                          c) Blog
                          d) Microsoft Powerpoint
                          e) HTML
                           f) Microsoft Access

Jadi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengemaskini setiap pembelajaran tajuk-tajuk ini didalam blog saya ini. Supaya ilmu yang saya dapat, boleh dikongsi dengan anda-anda semua. 







No comments:

Post a Comment