Tuesday, 16 January 2018

HANYA DIKAU YANG KU PERLUKAN

THROWBACK…Allhamdulillah pada akhir tahun 2016, Aku dan Isteri telah diberi ruang dan peluang untuk menunaikan ibadah umrah. Kami menggunakan agensi travel iaitu Zahafiz Travel and Tours yang terletak di Shah Alam. Tarikh berangkat yang diberikan pada 26/11/16 hingga 06/12/2016. Persiapan yang kami telah buat adalah mengikuti kursus setiap hari sabtu anjuran agensi travel dan program kursus ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada kami berdua yang pertama kali akan menjejaki kaki di tanah suci.

Pengalaman yang baru sudah dirasai ketika berada di Malaysia lagi ketika menguruskan dokumentasi untuk pengurusan visa. Walaupun ada kekangan masa untuk membuat urusan diwaktu operasi jabatan kerajaan tapi syukur Allah permudahkan.
Perjalanan kami ini akan pergi ke Mekah dahulu barulah berangkat ke Madinah. Cuaca di tanah arab ketika itu sejuk dan memang teruja sangat-sangat..

“Benar orang bagitahu, pergi umrah dengan usaha dan kumpul duit sendiri akan lebih merasai sesuatu perasaan yang tidak boleh diungkapkan berbanding dengan pergi ditaja”.

Untuk pertama kali aku melihat Kaabah, terus air mata berjujuran keluar, sebab tak sangka aku dapat jadi tetamu Allah. Kami mulakan dengan 7 kali Tawaf,
Semasa tawaf, kami mengamalkan kaedah “ Aku membaca ayat-ayat dalam buku panduan manakala isteriku membaca selawat , zikir-zikir atau surah-surah yang dipelajari ketika kursus” – Ianya bertujuan agar sesaat atau sedetik kami tertinggal untuk memohon.
Ramai orang memang tidak boleh dicakap namun perjalanan untuk mengelilingi kaadah@tawaf tidak terganggu sebab pergerakkan kami tidak menentu sebab pada ketika melangkah laju dan pelahan.

Selesai tawaf, kami melaksanakan solat sunat tawaf dibahagian perempuan dan lelaki. Apabila mata memandang kaadah, dalam tidak sedar air mata mengalir dan memikirkan betapa bersyukurnya Allah s.w.t menerima diri ini di rumahnya walhal kita tahu banyak salah dan tidak sempurnanya. Selesai solat sunat tawaf, kami berjalan menuju ke tempat sa’ie tapi kami berhenti sekejap untuk minum AIR ZAM-ZAM bagi menghilangkan dahaga.

Allahuakbar…..sejuk dan sedapnya Air Zam-zam ini, tidak rasa kelat atau pahit seperti pernah minum di Malaysia.

Kami teruskan untuk buat Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Kalau kita tahu tentang sejarah kedua-dua bukit ini, lebih menyeronokkan dan best sebab kita boleh menghayati apabila kita berada kat situ. 7 kali ulang-alik, Jujur dan ikhlas daripada kami, laluan sa’ie ada 2 tempat dan akan terasa berbeza daripada segi jaraknya dimana:-


Tempat Sa’ie 1@utama terletak di satu tingkat yang sememangnya luas dan laluan bukit dirasai dan puncak bukit kita boleh pijak. Manakala tempat Sa’ie 2 lebih pendek jaraknya disebabkan ianya seolah-oleh berada di pertengahan bukit.

No comments:

Post a Comment