MyDeposit
2018: Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
MyDeposit
2018 adalah satu insentif kerajaan dengan menyediakan bantuan deposit 10%
daripada harga jualan hartanah di bawah RM500,000.
Permohonan
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama kini dibuka bermula 15 Disember 2017
sehingga 15 Februari 2018.
Kerajaan
telah memperuntukkan RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim MyDeposit 2018.
Skim yang dilancarkan pada 6 April tahun lalu itu bertujuan meningkatkan
keupayaan pemilikan rumah pertama yang berharga bawah RM500,000 kepada mereka
berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM15,000
sebulan.
Syarat-syarat
permohonan adalah seperti berikut:
1.Warganegara Malaysia
2.Pemohon berumur 21 tahun ke atas
3.Pembelian rumah pertama sahaja
4.Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
5.Hartanah di bawah RM500,000
Sekiranya anda menepati kesemua syarat di atas, sila bersiap sedia untuk memohon skim MyDeposit 2018 di portal rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
2.Pemohon berumur 21 tahun ke atas
3.Pembelian rumah pertama sahaja
4.Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
5.Hartanah di bawah RM500,000
Sekiranya anda menepati kesemua syarat di atas, sila bersiap sedia untuk memohon skim MyDeposit 2018 di portal rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Moratorium: Sekatan
penjualan 10 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (S&P)
ditandatangani.
PERMOHONAN
MYDEPOSIT 10%
Untuk
membuat permohonan, pastikan nama anda tidak disenarai hitam dan rekod CCRIS anda juga dalam keadaan
baik.
Jumlah
insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10% daripada harga
jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana lebih rendah.
Permohonan
adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat
secara online dengan membuka akaun di https://sprn.kpkt.gov.my/
Sekiranya
permohonan MyDeposit 2018 anda diluluskan, anda perlu melalui proses-proses
berikut:
1. Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat
Skim MyDeposit sebagai ‘cagaran’ untuk bantuan deposit 10% rumah anda.
2. Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan
sebelum tanda tangan Perjanjian JualBeli (S&P). Kebiasaannya pinjaman
perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.
3. Tanda tangan S&P. Jika rumah yang
dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’
kos guaman bagi S&P.
4. Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman
selepas menerima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.
Sekiranya
semua proses tersebut berjalan dengan baik, penjual atau pemaju akan membuat
tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat
MyDeposit.
Kerajaan
akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek dari semasa
ke semasa.
Hanya
projek perumahan berikut dibenarkan untuk skim MyDeposit ini:
1. Projek perumahan baharu yang berlesen
daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
2. Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke
bawah
3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek
perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
4. Projek perumahan oleh Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR,
MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK
DOKUMEN
DIPERLUKAN
Antara
dokumen yang diperlukan ketika memohon MyDeposit ialah:
1. Salinan kad pengenalan pemohon;
2. Salinan kad pengenalan pasangan;
3. Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran
anak-anak dan tanggungan;
4. Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat
Cerai/ Sijil Kematian;
5. Penyata gaji terbaru pemohon;
6. Penyata gaji terbaru pasangan;
7. Penyata KWSP atau Penyata Cukai
Pendapatan Pemohon;
8. Penyata KWSP atau Penyata Cukai
Pendapatan Pasangan;
9. Salinan CCRIS pemohon (semak CCRIS
online di eCCRIS);
10. Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai
jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu
disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
11. Surat Pengesahan Majikan Pemohon.
Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status
perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
12. Surat Pengesahan Majikan Pasangan.
Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status
perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan
13. Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon,
pasangan atau
14. tanggungan (jika berkaitan).
15. Namun begitu, skim MyDeposit 2018 tidak
terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP
dan PPR.
Walaubagaimanapun,
skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada
‘zero-entry cost’ dengan mengurangkan beban kewangan bagi penyediaan wang
deposit bagi pembelian rumah idaman mereka.
No comments:
Post a Comment