Tuesday, 16 January 2018

HANYA DIKAU YANG KU PERLUKAN

THROWBACK…Allhamdulillah pada akhir tahun 2016, Aku dan Isteri telah diberi ruang dan peluang untuk menunaikan ibadah umrah. Kami menggunakan agensi travel iaitu Zahafiz Travel and Tours yang terletak di Shah Alam. Tarikh berangkat yang diberikan pada 26/11/16 hingga 06/12/2016. Persiapan yang kami telah buat adalah mengikuti kursus setiap hari sabtu anjuran agensi travel dan program kursus ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada kami berdua yang pertama kali akan menjejaki kaki di tanah suci.

Pengalaman yang baru sudah dirasai ketika berada di Malaysia lagi ketika menguruskan dokumentasi untuk pengurusan visa. Walaupun ada kekangan masa untuk membuat urusan diwaktu operasi jabatan kerajaan tapi syukur Allah permudahkan.
Perjalanan kami ini akan pergi ke Mekah dahulu barulah berangkat ke Madinah. Cuaca di tanah arab ketika itu sejuk dan memang teruja sangat-sangat..

“Benar orang bagitahu, pergi umrah dengan usaha dan kumpul duit sendiri akan lebih merasai sesuatu perasaan yang tidak boleh diungkapkan berbanding dengan pergi ditaja”.

Untuk pertama kali aku melihat Kaabah, terus air mata berjujuran keluar, sebab tak sangka aku dapat jadi tetamu Allah. Kami mulakan dengan 7 kali Tawaf,
Semasa tawaf, kami mengamalkan kaedah “ Aku membaca ayat-ayat dalam buku panduan manakala isteriku membaca selawat , zikir-zikir atau surah-surah yang dipelajari ketika kursus” – Ianya bertujuan agar sesaat atau sedetik kami tertinggal untuk memohon.
Ramai orang memang tidak boleh dicakap namun perjalanan untuk mengelilingi kaadah@tawaf tidak terganggu sebab pergerakkan kami tidak menentu sebab pada ketika melangkah laju dan pelahan.

Selesai tawaf, kami melaksanakan solat sunat tawaf dibahagian perempuan dan lelaki. Apabila mata memandang kaadah, dalam tidak sedar air mata mengalir dan memikirkan betapa bersyukurnya Allah s.w.t menerima diri ini di rumahnya walhal kita tahu banyak salah dan tidak sempurnanya. Selesai solat sunat tawaf, kami berjalan menuju ke tempat sa’ie tapi kami berhenti sekejap untuk minum AIR ZAM-ZAM bagi menghilangkan dahaga.

Allahuakbar…..sejuk dan sedapnya Air Zam-zam ini, tidak rasa kelat atau pahit seperti pernah minum di Malaysia.

Kami teruskan untuk buat Saie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Kalau kita tahu tentang sejarah kedua-dua bukit ini, lebih menyeronokkan dan best sebab kita boleh menghayati apabila kita berada kat situ. 7 kali ulang-alik, Jujur dan ikhlas daripada kami, laluan sa’ie ada 2 tempat dan akan terasa berbeza daripada segi jaraknya dimana:-


Tempat Sa’ie 1@utama terletak di satu tingkat yang sememangnya luas dan laluan bukit dirasai dan puncak bukit kita boleh pijak. Manakala tempat Sa’ie 2 lebih pendek jaraknya disebabkan ianya seolah-oleh berada di pertengahan bukit.

Monday, 15 January 2018

MEREKA YANG MENILAI DIRI INI

Alhamdulillah dapat mengembirakan mereka

Jangan Sombong dan membanggakan Diri

Janganlah angkuh dan sombong ...
Jangan pula membanggakan diri sendiri ...
Walaupun kita merasa seolah² dekat denganNya ...
Telah melaksanakan banyak perintahNya dan telah menjauhi larangan²Nya ...
Walaupun kita merasa cerdas, jenius dan berpendidikan sangat² tinggi dan terpandang ...
Walaupun kita memiliki kekuatan dan kekuasaan yang luar biasa ...
Walaupun kita merasa sangat kaya harta dan dermawan ...
Tetap janganlah sombong dan membanggakan diri ...
Karena sesungguhnya Neraka itu dekat sekali, walau kita merasa jauh, karena amalan² baik kita ...
Sesungguhnya Neraka lebih dekat dari tali sepatu kita ...
Tidak berguna sedikitpun semua amalan² baik, yang telah kita lakukan, apabila kita sombong dan suka membangga-banggakan diri ...
Sangatlah mudah bagi Allah, menghapus segala amal perbuatan kita, karena kesombongan kita ...
Allah sangat tidak menyukai hamba²Nya yang sombong lagi suka membangga-banggakan diri ...
Hanya Allah yang pantas sombong, bukan hambaNya ...
Pasti Allah akan menghinakan hamba²Nya yang sombong dan tidak mau segera bertaubat


Sunday, 14 January 2018

UJIAN KOMPUTER 2



Akhirnya berlangsung ujian komputer 2 yang juga merupakan ujian komputer akhir bagi Semester 1 ini, menglibatkan topik pembelajaran Mircosoft Access. Untuk perjumpaan kelas hari ini Dr. Norazlia Binti Mat turut bersama namun terbatas pergerakkan akibat kesihatan yang kurang baik, mungkin kesan daripada perubahan cuaca setibanya menunaikan ibadah umrah. Dan menyerahkan kepercayaan kepada pelajar-pelajar nya supaya menjawap soalan dengan tertib dan tidak membuat bising. Walaupun dengan ketiadaan Dr. Norazlia Binti Mat, ketika berlangsungnya ujian tersebut, di perhujung waktu, beliau akan kembali semula ke kelas.

Jadi ujian nya berlansung pada jam 9.00pagi dengan arahan seperti berikut:-

LAB TEST 2 – MICROSOFT ACCESS 
Develop a database for the company name (your matrix no, eg; A1234567). In the database create four files about the Employees, Departments, Job Titles and Employees Expenses. Then, made the necessary relationships between the files to produce queries, forms and report later.         
     1.In Employees File include the following information’s:
a.      Employee Id,
b.      Name
c.       H/P Number (Create Input Mask)
d.      Email
e.      Gender (Lookup wizard)
f.       DOB (Date of Birth)
g.      Status (lookup wizard)
h.      Their photo (put only 2 photo for 2 employees).
·        Give appropriate data types for each field.
·        Then create 16 records in this file.

      2.In Department File include the following information’s
a.      Department ID,
b.      Department Name, (EG: Human Resource, Financial & Accounting, Manufacturing & Information Technology) 
c.       Employee Id (select 4 employees for each department using lookup wizard),
d.      Phone number
e.      Fax Number
f.       Job Title
g.      Head of Department (Yes/No) (If job title manager, tick this data as yes, meaning the manager is the head of the department)
·        Give appropriate data types for each field.
·        Then create four department records in this file.

        3.In Job Title File include the following information’s
a.      Job Id,
b.      Job Title, (eg: Manager, Assistant Manager, Executive)
c.       Department Id,
d.      Basic Salary,
e.      Transport Allowance
f.       Living Allowance
g.      House Allowance
h.      Entertainment Allowance (Only for Manager) 
i.        Total Gross Income
·        Give appropriate data types for each field.
·        Then create two job titles for each department. Meaning record in this file are 8 records.

         4.In Employees Expenses file include the following information’s
a.      Employee Id,
b.      Job Title
c.       Total Gross Income (get from job title file)
d.      House Loan, (10% from gross income)
e.      Car Loan, (5% from gross income)
f.       KWSP (10% from basic pay)
g.      Others ((10% from gross income)
h.      Total Expenses
·        Give appropriate data types for each field.
·        Then create 16 records in this file.

          5.Create the relationship for all tables.(this being create when you do lookup wizard)

          6.Create 2 query :
a.      First Query: Contain information about –
Employees File
Department File
Job Title File
Employees Id
Department Name
Job Title
Their Name
Phone
Basic Salary.
Gender
Fax

·        Save query as Employees Info Query.

b.      Second Query: Contain information about –
Employees File
Department File
Job Title File
Employees Expenses
Employees Id
Department Name
Basic Salary
House Loan
Their Name
Job Title
Transport Allowance
Car Loan
Gender

Living Allowance
KWSP
Photo

House Allowance
Others


Entertainment Allowance
Total Expenses


Total Gross Income

Save query as Pay Slip Query.
           7.Using first query (Employee Info) create two report.
a.      First report group by gender.
b.      Second report group by department.

           8.Using second query, create a form name payslip.
a.      In the pay slip calculate
                                                   i.     Net income
                                                   ii.     Age

           9.Transfer the four main table into four form.
   
        10.Create a Navigation form with link to 2 reports and five forms and a button to link to Start Up page.
        11.Finally create a START UP page with company name, button (Enter and Exit) and logo on the page.

GOOD LUCK!!

Friday, 5 January 2018

PELUANG DIBERIKAN..MYDEPOSIT 2018

MyDeposit 2018: Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

MyDeposit 2018 adalah satu insentif kerajaan dengan menyediakan bantuan deposit 10% daripada harga jualan hartanah di bawah RM500,000.

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama kini dibuka bermula 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018.

Kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim MyDeposit 2018. Skim yang dilancarkan pada 6 April tahun lalu itu bertujuan meningkatkan keupayaan pemilikan rumah pertama yang berharga bawah RM500,000 kepada mereka berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM15,000 sebulan.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
      1.Warganegara Malaysia
2.Pemohon berumur 21 tahun ke atas
3.Pembelian rumah pertama sahaja
4.Pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
5.Hartanah di bawah RM500,000

Sekiranya anda menepati kesemua syarat di atas, sila bersiap sedia untuk memohon skim MyDeposit 2018 di portal rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Moratorium: Sekatan penjualan 10 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.


PERMOHONAN MYDEPOSIT 10%
Untuk membuat permohonan, pastikan nama anda tidak disenarai hitam dan rekod CCRIS anda juga dalam keadaan baik.

Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana lebih rendah.

Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka akaun di https://sprn.kpkt.gov.my/

Sekiranya permohonan MyDeposit 2018 anda diluluskan, anda perlu melalui proses-proses berikut:

1.   Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit sebagai ‘cagaran’ untuk bantuan deposit 10% rumah anda.
2. Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan sebelum tanda tangan Perjanjian JualBeli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.
3.  Tanda tangan S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.
4.  Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman selepas menerima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Sekiranya semua proses tersebut berjalan dengan baik, penjual atau pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit.

Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek dari semasa ke semasa.

Hanya projek perumahan berikut dibenarkan untuk skim MyDeposit ini:

1.  Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
2.   Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
3.  Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
4.  Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK



DOKUMEN DIPERLUKAN
Antara dokumen yang diperlukan ketika memohon MyDeposit ialah:

1.     Salinan kad pengenalan pemohon;
2.     Salinan kad pengenalan pasangan;
3.     Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;
4.     Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;
5.     Penyata gaji terbaru pemohon;
6.     Penyata gaji terbaru pasangan;
7.     Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon;
8.     Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan;
9.     Salinan CCRIS pemohon (semak CCRIS online di eCCRIS);
10.  Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
11.  Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
12.  Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan
13.  Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau
14.  tanggungan (jika berkaitan).
15.  Namun begitu, skim MyDeposit 2018 tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’ dengan mengurangkan beban kewangan bagi penyediaan wang deposit bagi pembelian rumah idaman mereka.

Wednesday, 3 January 2018

PETUA MASUK RUMAH KALI PERTAMA


Setiap permulaan baru, pasti ada sambutannya. Begitu jugalah cara hendak memasuki rumah untuk pertama kali. Sekadar berkongsi cara dan kaedah, jika ada kesilapan mohon maklumkan untuk diperbetulkan sebagai penambahan ilmu bersama.
  1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni. 
  2. Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
  3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
  4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday, 2 January 2018

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Sebahagian Pemaju-pemaju yang menggunakan Perkhidmatan Kami

Kami adalah salah satu pengurusan yang dilantik oleh Pemaju atau Peguam untuk membantu para peminjam yang memohon pinjaman perumahan. Dimana kami akan membantu para peminjam dari segi dokumentasi dan maklumat mengenai pinjaman institusi pembiayaan kewangan.

Sedikit maklumat mengenai pemilihan insuran di Malaysia. Mengikut Akta Insurans 1996 [seksyen 63-subseksyen 59(4)] "Tidaklah mempunyai kesan memberikan kepada atau meletakHAKkan kepada bank, atau orang yang dilantik, apa-apa hak milik kepada atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai, apa-apa harta penangung insurans berlesen yang berhubungan dengan perintah itu;" ini bermaksud, pemilihan insuran adalah hak mutlak kepada anda.



Perkhidmatan yang DITAWARKAN / DIBERIKAN kepada pemohon:-

  1. Menyediakan borang-borang yang berkaitan yang khusus kepada projek perumahan rakaniaga.
  2. Bersedia berjumpa serta mengambil borang-borang serta dokumen lengkap untuk dihantar ke institusi pembiayaan kewangan bagi kelulusan.
  3. Menyalurkan maklumat segera berkaitan status permohonan.
Oleh yang demikian, setiap promosi atau tawaran yang kami janjikan adalah ianya tiada kaitan dengan pihak pemaju atau pihak peguam setiap pemohon kerana dibawah tanggungjawab 100% daripada pihak syarikat-syarikat insuran yang telah dilantik.