Sunday, 31 December 2017

HAK KANAK-KANAK

Apa Bantuan Kita, Ketika Mereka Menginginkan Kasih Sayang yang Saksama??

BANGI: Ibu bapa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan yang dilantik dan di pertanggungjawab mewakili kanak-kanak, terutama bagi kes berkaitan hak kanak-kanak perlu diwujudkan agar kebajikan mereka sentiasa terpelihara, 'suara' mereka didengari dan diberi perhatian sewajarnya.

Penolong setiausaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Puan Hajjah Hasmah Binti Abdul Manaf, berkata matlamat berkenaan dapat digunakan dalam modul modal insan rakyat Malaysia dengan membangunkan rangkaian pertukaran pengetahuan dan pembelajaran rakan sebaya.

“Beliau berkata pertubuhannya terpanggil untuk membincangkan perkara ini dengan lebih serius kerana kanak-kanak sering menjadi mangsa deskriminasi dan ketidakadilan yang masih meniti dalam kehidupan.

“Perilaku kehidupan sekarang dan kes-kes berkaitan undang-undang keluarga seperti kes perceraian di mahkamah, biasanya suami isteri mempunyai peguam untuk memperjuangkan hak dan kebajikan masing-masing, namun bagi anak-anak, tiada yang mewakili mereka untuk menyuarakan hak mereka.

"Situasi ini sedikit sebanyak mengganggu emosi kanak-kanak dan tiada pihak yang benar-benar mengambil berat, mendengar luahan dan memberi sokongan kepada mereka.

Forum yang berlangsung selama 3jam bermula 10.30pagi, bertemakan ‘Bicara Hak Asasi Manusia: Kanak-kanak, Apakah hak mereka’, berjaya mengumpulkan kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk berkaitan perundangan dan badan yang menjaga hal ehwal kebajikan kanak-kanak akan mengupas perkara berkenaan dengan lebih mendalam serta membantu mencari mekanisme sesuai bagi memastikan hak kanak-kanak sentiasa terbela.

Dalam pada masa itu, Puan Hajjah Hasmah memuji dan mengucapkan “Syabas” kepada Falkuti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran CITRA kerana mewujudkan kursus ini di dalam pembelajaran pengajian pelajar dan menjadikan platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta berbincang mengenai hak kanak-kanak serantau.

Tugasan Artikel Berita dari Kumpulan 1 yang cernakan berita oleh saudara Azizul Bin Musauddin.

Saturday, 30 December 2017

UJIAN KOMPUTER 2 - KELAS KENE PRANK


Seperti yang sudah dibincang pada minggu ke-2 bulan Disember dengan DR. NORAZILA BT. MAT, Ujian Komputer 2 akan berlangsung pada waktu MALAM 30 Disember 2017 pukul 8.00mlm sehingga 10.00mlm bertempat di kelas komputer UKM. Topik yang akan di uji adalah Microsoft Access. Namun seperti biasa ketika sesi ujian ini, Dr. Norazila Bt Mat tiada bersama dengan kami@pelajar.

Beliau memaklumkan ketiadaan disebabkan pergi menunaikan Umrah bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan beliau. Oleh itu
sebagai pelajar, kami mengucapkan selamat pergi dan pulang semoga segala urusan disana menunaikan ibadah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Dan ucapan “ALHAMDULILLAH” ikhlas daripada kami ada 2 maksud iaitu :-
    a) Menumpang gembira disebabkan dipanggil menjadi Tetamu Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ; dan
     b) Boleh menjawab Ujian Komputer secara “baby shark doo doo doo doo doo doo”

Jadi dimana PRANK yang dikatakan!!??



Ketika hari kejadian untuk menjawap Ujian Komputer 2, 30 Disember 2017 jam 8.00mlm, semua pelajar Kelas 1 sudah bersedia di depan laptop masing-masing untuk menunggu “access/password” ujian dalam ifolio Aplikasi Komputer Dr. Norazila Bt Mat. Namun tiada maklumat balas untuk kami,

“5 minit telah berlalu……”

“20 minit masih tiada……..”

“45 minit mula jiwa meracau²……”

“1 jam@9.00pm mengemas² meja untuk balik…..”

“1 jam 45minit sampai je di rumah….”

Dr. Norazila Bt Mat baru mesej dengan memaklumkan kesukaran menerima internet di sana dan menangguhkan Ujian Komputer 2 ini kepada 14 Januari 2018 selepas beliau selesai dan balik menunaikan umrah selepas rundingan dan perbincangan diantara pelajar dan Dr. Norazila Bt Mat menemui jalan buntu. “KUASA VETO DIGUNAKAN” kata Dr. Norazila Bt Mat.

Bukan kejutan itu sahaja diberikan malah, mala mini juga Dr. Norazila Bt Mat berikan tugasan baru untuk mengantikan Ujian Komputer 2 ini dan perlu dihantar dalam masa 24jam kepada beliau.

Monday, 25 December 2017

ULANGTAHUN BERSAMA 8TAHUN



Alhamdulillah, hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami untuk 8 tahun. Suka duka bersama insyaallah menjadikan kami lebih kuat dan matang. Jika dikira untuk sah hubungan@nikah sudah 8 tahun namun jika dikira mula menaruh harapan dan cinta sudah menjangkau 18tahun perkenalan kami ini.

Bercinta daripada zaman sekolah. Dan untuk anak-anak kami akan cuba elakkan ikut tingkahlaku baba dan mama mereka ini. Waris yang kami ada ketika ini baru dikurniakan 3orang puteri : (2018)

No.1 Nur Hasya Azzalea berumur 7tahun
No.2 Nur Hayfa Azzalea berumur 5tahun
No.3 Nilliy Haaniy Azzareera berumur 2tahun.

Tulang rusuk saya ini bernama Nor Husna Binti Habsirun berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 dalam kursus Pendidikan Khas.

Untuk tahun ini, tidak berkesempatan hendak pergi bercuti atas sebab-sebab kekangan masa dan baru kehilangan abang. Insyaallah akan disusun semula untuk program bersama keluarga pada tahun hadapan.

Ya Allah Yang maha Pengasih dan Penyayang…

“Jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya
dalam dakapan yang nyata…
Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja…
Kerana Engkau punya segala yang ku tak punya…
Kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb…”

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

Aameen Yaa Rabbal Alamin

Wednesday, 13 December 2017

PROF. MADYA DR. MOHD HANAFI BIN MOHD YASIN


Hatiku Terpaut dengan UKM disebabkan adanya MEREKA ini......

Name: PROF. MADYA DR. MOHD HANAFI BIN MOHD YASIN Qualifications:

  • PhD Special Education UKMalaysia
  • Med Special Education UKMalaysia
  • Bed Special Education UKMalaysia

Specialisation:
Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran & Terapi Pertuturan

Areas of Research:

  • Pusat Kepelbagaian Pelajar & Pembangunan Komuniti  Fakulti Pendidikan, UKM
  • Major Special Education in the Malay Peninsula
  • Related Special Education
  • Research & Innovation of the Southeast Asian.
  • Members Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO)
Areas of Research:
Current Projects and Grants:
  1. Alat Genggaman Pensel yang dikenali sebagai Qalamiy.
  2. International Conference on Special Education Southeast Asia Region 2018, Deagu University Korea
  3. “Strengthening Quality of Education Through Asean Networking”. (FKIP) Universitas Sebelas Maret , Indonesia
  4. The 2nd International Conference on Special Education: 'Access and Engagement' (ICSE) 2017, Kuching Sarawak
  5. Alat Genggaman Pensel yang dikenali sebagai Qalamiy. http://qalamiytm.blogspot.my/
Selected Publications:
  1. Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan KVKVK untuk Murid Slow Learner Melalui Penggunaan Aplikasi Powerpoint / Amira Che Ab Rahim, Mohd Hanafi Mohd Yasin
  2. Persepsi Guru Program Pendidikan Khas Integrasi terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup / Alfiyana Marzukir, Safani Bari, Mohd Hanafi Mohd Yasin
  3. Strategi Pengajaran Guru untuk Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Autisme / Aiman Sabaryni Binti Yahya, Norshidah Binti Mohd Salleh
  4. Keberkesanan Kaedah Terapi Muzik dan Seni dalam Meningkatkan Kemahiran Komunikasi dalam Kalangan Murid Bermasalah Pembelajaran / Abdul Halim Mohd Nasa, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar
Contact Information :
Address

Centre for Learner Diversity and Community Development
Faculty of Education
Bangunan Tunas Permata
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIASelangor
Malaysia


Sunday, 10 December 2017

PEMBELAJARAN 6 - MICROSOFT ACCESS


Access adalah salah satu program aplikasi office yang fungsi utamanya bukan sahaja satu cara untuk mencipta pangkalan data desktop. Ia merupakan alat yang mudah digunakan untuk mencipta aplikasi yang membantu anda menjalankan perniagaan anda. Data Access boleh disimpan dalam pelbagai pangkalan data awan, jadi ia adalah lebih selamat daripada sebelumnya, dan anda boleh berkongsi aplikasi Access anda dengan rakan sekerja.

Bermula dengan cepat dengan mencipta aplikasi tersuai atau dapatkan inspirasi daripada koleksi templat aplikasi yang baru dan direka bentuk secara profesional. Cipta templat daripada aplikasi anda untuk digunakan semula atau berkongsi dengan orang lain.

Cipta aplikasi yang disesuaikan mengikut cara anda dan pelanggan anda berurusan. Dengan cepat dan mudah buat perubahan pada aplikasi anda untuk memenuhi keperluan organisasi yang berkembang.

Gunakan kepelbagaian Visual Basic untuk Aplikasi (VBA) untuk mengautomatikkan proses perniagaan dan meningkatkan reka bentuk dan kebolehgunaan borang dan laporan.

Pustaka penyambung dalam Access menawarkan banyak cara untuk menyepadukan data daripada sumber data dan aplikasi yang mendorong perniagaan anda. Senario bersepadu merentasi sumber data moden menjana visual yang diagregatkan serta wawasan dalam antara muka biasa Access.

Simpan data anda dalam SQL Server dan Microsoft Azure SQL untuk meningkatkan kebolehpercayaan, kebolehskalaan, keselamatan yang teguh dan pengurusan jangka panjang. Aplikasi Access memanfaatkan sintaks SQL standard dan bahagian belakang kritikal misi yang sebenar, sama ada yang digunakan di premis atau dalam awan.


Ini merupakan perkara baru didalam ilmu komputer, agak sukar untuk memahami secara amali jadi saya terfikir untuk belajar secara kaedah praktikal dengan latihan-latihan yang Dr Norazila Binti Mat berikan.





Tuesday, 5 December 2017

LUAHAN RINDUKU PADA MU KEKANDAKU

"Dan Allah tidak akan menundakan kematian seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [Surah Al-Munafiqun : 11]

Pada Abangku Tersayang,  Inilah yang Ingin KuLUAHKan…yang tidak lagi mampu aku berbohong setelah Dikau tiada didepan ku ini...

Angah telah mengajariku banyak hal, mulai dari yang remeh sampai yang besar. Untuk adik-adik yang lain, dia pun rela berkorban. Aku jadi harus mengakui bahawa susuknya yang seringkali merimaskan mampu berubah menjadi pahlawan. Tapi, seringkali aku tidak terungkapkan kata untuk mengucapkan terima kasih padanya. Padahal aku patut berterima kasih padanya atas beberapa hal dalam hidupku selama ini.

1. Walau Kamu Sering Mengasari, Membuli, Bergaduh, Terima kasih Telah Membuatku Merasa Selalu Terjaga dan Terlindungi! – kini Diriku sunyi tanpa SuaraMu
2. Mungkin Kamu Sering Ego dalam Urusan Makan, Minum dan Kelengkapan Keluarga. Namun Untuk Hal-Hal yang Lebih Kuperlukan, Kamu Selalu Rela Mengalah. – kini Diriku goyang tanpa ArahanMu
3. Ketika Tidak Ada yang Menemaniku, Terima Kasih Menjadi Sahabatku – kini Diriku pilu tanpa PelukkanMu
4. Saat Aku Perlu Mengutarakan Rahsiaku yang Paling “Hitam”, Terima Kasih Telah Mendengarkan – kini Diriku sepi tanpa SentuhanMu
5. Meskipun Selalu Ada, Kamu Tak Ingin Aku Jadi Manja. Terima Kasih Telah Mengajariku Pentingnya Sebuah tanggungjawab – kini Diriku gelap tanpa PengawasanMu
6. Terima Kasih! Karanamu, Aku Tahu dan Faham akan pengertian Bagaimana Hidup Seorang Laki-laki. Kini Diriku berdiri tanpa PimpinMu
9. Pendapatmu Kuhargai. Meski Kita Tidak Selalu betuju, Engkau Selalu Ikhlas Memberi Penyelesaian. Kini Diriku hanyut tanpa NakhodaMu
10. Terima Kasih Sudah Membelaku Saat Aku Nakal Lalu Ayah dan Ibu Marah Padaku…  Dan kini Diriku RINDU KERANA ENGKAU SUDAH TIADA

“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]