Alhamdulillah, hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami untuk 8 tahun. Suka duka bersama insyaallah menjadikan kami lebih kuat dan matang. Jika dikira untuk sah hubungan@nikah sudah 8 tahun namun jika dikira mula menaruh harapan dan cinta sudah menjangkau 18tahun perkenalan kami ini.
Bercinta daripada zaman sekolah. Dan untuk anak-anak kami akan cuba elakkan ikut tingkahlaku baba dan mama mereka ini. Waris yang kami ada ketika ini baru dikurniakan 3orang puteri : (2018)
No.1 Nur Hasya Azzalea berumur 7tahun
No.2 Nur Hayfa Azzalea berumur 5tahun
No.3 Nilliy Haaniy Azzareera berumur 2tahun.
Tulang rusuk saya ini bernama Nor Husna Binti Habsirun berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 dalam kursus Pendidikan Khas.
Untuk tahun ini, tidak berkesempatan hendak pergi bercuti atas sebab-sebab kekangan masa dan baru kehilangan abang. Insyaallah akan disusun semula untuk program bersama keluarga pada tahun hadapan.
Ya
Allah Yang maha Pengasih dan Penyayang…
“Jagalah
insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya,
Sayangilah
dia di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya
dalam
dakapan yang nyata…
Perhatikan
dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja…
Kerana
Engkau punya segala yang ku tak punya…
Kerana
aku ingin dia selalu menjadi pendampingku,
Di
Dunia dan harapnya bertemu di Syurga Mu jua Ya Rabb…”
Ya
Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini
sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya
Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah
kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh
yang Engkau redhai. Jadikan kami insan yang tenang dan menenangkan orang
sekeliling serta teladan yang baik bagi manusia.
Ya
Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan
kepada cahaya.
Jauhkan
kami dari keburukan yang tampak dan tersembunyi.
Ya
Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami
dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Aameen
Yaa Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment