Seperti yang sudah dibincang pada
minggu ke-2 bulan Disember dengan DR. NORAZILA BT. MAT, Ujian Komputer 2 akan
berlangsung pada waktu MALAM 30
Disember 2017 pukul 8.00mlm sehingga 10.00mlm bertempat di kelas komputer UKM. Topik
yang akan di uji adalah Microsoft Access. Namun seperti biasa ketika sesi ujian
ini, Dr. Norazila Bt Mat tiada bersama dengan kami@pelajar.
Beliau memaklumkan ketiadaan disebabkan
pergi menunaikan Umrah bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan beliau.
Oleh itu
a) Menumpang gembira disebabkan dipanggil menjadi
Tetamu Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w ; dan
b) Boleh menjawab Ujian Komputer secara “baby shark
doo doo doo doo doo doo”
Jadi dimana PRANK yang
dikatakan!!??
Ketika hari kejadian untuk
menjawap Ujian Komputer 2, 30 Disember 2017 jam 8.00mlm, semua pelajar Kelas 1
sudah bersedia di depan laptop masing-masing untuk menunggu “access/password”
ujian dalam ifolio Aplikasi Komputer Dr. Norazila Bt Mat. Namun tiada maklumat
balas untuk kami,
“5 minit telah berlalu……”
“20 minit masih tiada……..”
“45 minit mula jiwa meracau²……”
“1 jam@9.00pm
mengemas² meja untuk balik…..”
“1 jam 45minit sampai je di rumah….”
Dr. Norazila Bt Mat baru mesej
dengan memaklumkan kesukaran menerima internet di sana dan menangguhkan Ujian
Komputer 2 ini kepada 14 Januari 2018 selepas beliau selesai dan balik
menunaikan umrah selepas rundingan dan perbincangan diantara pelajar dan Dr. Norazila
Bt Mat menemui jalan buntu. “KUASA VETO DIGUNAKAN” kata Dr. Norazila Bt Mat.
Bukan kejutan itu sahaja diberikan malah, mala
mini juga Dr. Norazila Bt Mat berikan tugasan baru untuk mengantikan Ujian
Komputer 2 ini dan perlu dihantar dalam masa 24jam kepada beliau.
No comments:
Post a Comment