Sunday, 31 December 2017

HAK KANAK-KANAK

Apa Bantuan Kita, Ketika Mereka Menginginkan Kasih Sayang yang Saksama??

BANGI: Ibu bapa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan yang dilantik dan di pertanggungjawab mewakili kanak-kanak, terutama bagi kes berkaitan hak kanak-kanak perlu diwujudkan agar kebajikan mereka sentiasa terpelihara, 'suara' mereka didengari dan diberi perhatian sewajarnya.

Penolong setiausaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Puan Hajjah Hasmah Binti Abdul Manaf, berkata matlamat berkenaan dapat digunakan dalam modul modal insan rakyat Malaysia dengan membangunkan rangkaian pertukaran pengetahuan dan pembelajaran rakan sebaya.

“Beliau berkata pertubuhannya terpanggil untuk membincangkan perkara ini dengan lebih serius kerana kanak-kanak sering menjadi mangsa deskriminasi dan ketidakadilan yang masih meniti dalam kehidupan.

“Perilaku kehidupan sekarang dan kes-kes berkaitan undang-undang keluarga seperti kes perceraian di mahkamah, biasanya suami isteri mempunyai peguam untuk memperjuangkan hak dan kebajikan masing-masing, namun bagi anak-anak, tiada yang mewakili mereka untuk menyuarakan hak mereka.

"Situasi ini sedikit sebanyak mengganggu emosi kanak-kanak dan tiada pihak yang benar-benar mengambil berat, mendengar luahan dan memberi sokongan kepada mereka.

Forum yang berlangsung selama 3jam bermula 10.30pagi, bertemakan ‘Bicara Hak Asasi Manusia: Kanak-kanak, Apakah hak mereka’, berjaya mengumpulkan kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk berkaitan perundangan dan badan yang menjaga hal ehwal kebajikan kanak-kanak akan mengupas perkara berkenaan dengan lebih mendalam serta membantu mencari mekanisme sesuai bagi memastikan hak kanak-kanak sentiasa terbela.

Dalam pada masa itu, Puan Hajjah Hasmah memuji dan mengucapkan “Syabas” kepada Falkuti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran CITRA kerana mewujudkan kursus ini di dalam pembelajaran pengajian pelajar dan menjadikan platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta berbincang mengenai hak kanak-kanak serantau.

Tugasan Artikel Berita dari Kumpulan 1 yang cernakan berita oleh saudara Azizul Bin Musauddin.

No comments:

Post a Comment