Apa Bantuan Kita, Ketika
Mereka Menginginkan Kasih Sayang yang Saksama??
BANGI: Ibu bapa, Badan Bukan Kerajaan (NGO)
dan agensi berkaitan yang dilantik dan di pertanggungjawab mewakili
kanak-kanak, terutama bagi kes berkaitan hak kanak-kanak perlu diwujudkan agar
kebajikan mereka sentiasa terpelihara, 'suara' mereka didengari dan diberi
perhatian sewajarnya.
Penolong
setiausaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Puan Hajjah Hasmah
Binti Abdul Manaf, berkata matlamat berkenaan dapat digunakan dalam modul modal
insan rakyat Malaysia dengan membangunkan rangkaian pertukaran pengetahuan dan
pembelajaran rakan sebaya.
“Beliau
berkata pertubuhannya terpanggil untuk membincangkan perkara ini dengan lebih
serius kerana kanak-kanak sering menjadi mangsa deskriminasi dan ketidakadilan
yang masih meniti dalam kehidupan.
“Perilaku
kehidupan sekarang dan kes-kes berkaitan undang-undang keluarga seperti kes
perceraian di mahkamah, biasanya suami isteri mempunyai peguam untuk memperjuangkan
hak dan kebajikan masing-masing, namun bagi anak-anak, tiada yang mewakili
mereka untuk menyuarakan hak mereka.
"Situasi
ini sedikit sebanyak mengganggu emosi kanak-kanak dan tiada pihak yang
benar-benar mengambil berat, mendengar luahan dan memberi sokongan kepada
mereka.
Forum
yang berlangsung selama 3jam bermula 10.30pagi, bertemakan ‘Bicara Hak Asasi
Manusia: Kanak-kanak, Apakah hak mereka’, berjaya mengumpulkan kira-kira 100
peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk berkaitan
perundangan dan badan yang menjaga hal ehwal kebajikan kanak-kanak akan
mengupas perkara berkenaan dengan lebih mendalam serta membantu mencari
mekanisme sesuai bagi memastikan hak kanak-kanak sentiasa terbela.
Dalam
pada masa itu, Puan Hajjah Hasmah memuji dan mengucapkan “Syabas” kepada
Falkuti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran CITRA
kerana mewujudkan kursus ini di dalam pembelajaran pengajian pelajar dan
menjadikan platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta berbincang
mengenai hak kanak-kanak serantau.
Tugasan Artikel Berita dari Kumpulan 1 yang cernakan berita oleh saudara Azizul Bin Musauddin.